Adakalanya tidak sabar, adakalanya tidak mahu pulang.
1 September 2015,
Birthday I pung 15 Sept kut. Belum pernah lagi sambut tanpa famili di sisi. Fuhh cabaran!
Tapi itu bukan isunya punn..eheh.
Antara kemanisan iman itu adlah ukhuwah.
Ya ukhuwah itu.
"Secara mutlak, ikatan aqidah Islam adalah ikatan yang paling kukuh. Mereka yg hidup di bawah naungan kasih sayang & ukhuwah kerana Allah akan merasa bahagia dan memperolehi kerehatan jiwa. Ini tidak boleh dikecapi oleh mereka yang bersatu kerana kebendaan dan keseronokan dunia"
- Mustafa Masyhur -
Maka mari kita nilai kembali hati kita atas kemanisan iman yang kita kecapi itu.
Adakah ia kemanisan iman atau kemanisan dunia semata?
Jika benar ia keranaNya,
Maka ia mestilah dimulakan dengan niat kita bersama-sama adalah keranaNya.
Jika benar ia kemanisan iman,
Mestilah ia dipenuhi dengan peringatan antara kita sesama,
Kerna itulah fungsinya kawan.
Setiap mukmin adalah cermin kepada saudaranya. Setiap orang itu punya retaknya; kelemahan dan kekurangan. Tetapi mata kita tidak dapat melihat diri kita sendiri tanpa adamya cermin.
Yang kita akan lihat dengan mata kita sendiri adalah teman-teman di hadapan dan orang-orang di sekeliling kita.
Dengan itu, yang ditemui oleh mata kita adalah 'retaknya' orang lain.
Nah, di situlah fungsina temannya!
Menjadi cermin antara sesama kita.
Pabila melihat kelemahan & kekurangan teman kita, maka kita cuba membantunya untuk memperbaiki ia kepada lebih baik, juga mengingatkannya di saat dia tersalah.
Bukan kerna merasa diri lebih baik, tapi kerna sayang.
Dan itu juga yang diharapkan dari kamu teman-temanku untukku,
Menegur & membetulkan aku di saat tersilap juga terus-terusan menasihatiku.
Hari ini ku rasa indah sekali.
Dapat bersama kawan-kawan juga mendengar luahan hati mereka.
Mereka katakan teman-teman di universiti tidak seperti teman-teman sekolah dulu.
Iya itu mungkin. Kerna kita kenal lama, juga kenal antara keluarga.
Kita bersedia menerima baik buruk dalam kalangan kita.
Kita jujur dengan kesalahan sesama kita, lalu diperbaiki bersama.
Mungkin adanya berlapang dada sesama kita, juga saling menghargai buat kita rasa aman bila bersama.
Saat-saat tadi akan dirakam terus dengan kotak memori kepala ini.
Andai ku rasa sendiri, sunyi, sepi, maka akan diputarkan kembali. Nikmat-nikmat Allah ke atas ku melalui teman-teman ini.
Kita makan bersama, saling bertukar hadiah, meluahkan perasaan, sesi fotografi & akhirnya ucapan selamat tinggal.
Okee mebi banyak juga gelaknya, takpa boleh diperbaiki lagi.
Mana tau next-next time kita buat sharing pulak kew, tadabbur alam keww..huhu.
"Teman-teman karib pada suatu hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa." ( Az-Zukhruf : 67)
Hoke. Sampai ketemu lagi. Sangkyu semua. Sangkyu bebanyak.
Alhamdulillah atas segala nikmatNya.
#hUhU

Salam ziarah dari gombak.
ReplyDeleteHugs tightly.
Take care di sana love.
Salam ziarah dari gombak.
ReplyDeleteHugs tightly.
Take care di sana love.