Saturday, March 31, 2018

Road to Turkey -1

30 hb, 2.40 pg bertolak dr cairo tp flight delayed. Yg dijangka sampai turki 5 pg menjadi 6 lebih pg. Dan keluar dr airport setelah segala urusan ke RS dlm 830 pg. Menaiki teksi, nice! Adab mereka, angkatkan barang dan jujur itu menarik sekali. Setelah repack brg utk ke cappa dan bursa nnt, lami berehat dan bersiap utk mencari tiket dan ke panorama 1453.

Pengalaman menaiki tram sungguh melucukan. Dr saat awal membeli kad tram dan menggunakannya, ada2 saja adegannya. Tram ini mcm train tp brada di atas jalan raya. Sgt cantik dan boleh tahan laju. Berbeza sungguh lah dgn tram yg pernah ku naik di alex, mesir.

Pada awalnya kami turun di stesen cappa schemeni utk membeli tiket bas ke cappadocia dgn harga 80 lira.  Kemudian  meneruskan perjalanan ke panorama 1453 dgn berhenti di stesen yenikapi. Tepat shj turun dr tram, azan berkumandang. Terdpt satu masjid comel ttp dipenuhi jemaah ketika itu. Aku pelik, woww penuh betul jemaah utl solat zohor  sehingga memnbentangkan tikar di luar. Usai sudah lepas solat sunat, tiba2 kedengaran spt ceramah dlm bhse turki. Rupanya hari ni jumaat dan ini solat jumaat!
Aduh sungguh kami tidak perasan itu dr awalnya. Eheh.

Di Panorama 1453 lain pula ceritanya. Bangunnannya tidaklah besar mana ttp jentera yg ada di sekelilingnya spt ia under construction. Berdebar2, jgnkn tutup sudahh. Taman2 yg indah di tepi tidak dihiraukan walau hati terusik nak main sekejap. Tiba di pintu masuknya, wahh alhamdulillah buka! Dgn tiket berharga 15 lira per person dan kami beli satu audio guide 5 lira, semuanya berjumlah 50 lira.

Di sini menceritakan sejarah pembukaan kota konstatinopel oleh sultan muhamad al fateh ll. Ia juga menceritakan sedikit sebanyak latar belakang sultan muhamad al fated dari kecil sehingga dewasa. Antara yang paling menjadi daya tarikan di Panorama 1453 ialah lukisan besar di kubah tentang peristiwa pembukaan kota konstatinopel beserta bunyi dentuman ibarat kita benar2 berada di sana!

Setelah selesai tour di Panorama 1453, kami harus segera pulang untuk mengejar bas ke Cappadocia pd pukul 6.30 ptg nnt tetapi kerana terlalu byk tarikan di sepanjang perjalanan, kami tetap sempat mencuba eskrem, roti, jagung rebus dan buah berangan bakar.

Tamat sudah perjalanan hari pertama di Istanbul. Kami akan bertolak ke Cappadocia yg jaraknya dlm 12 jam dr Istanbul dan hanya bermalam di dalam bas.

Setakat ini, masih belum dpt sebarang sentuhan di hati, pencarian harus di teruskan lagi!

No comments:

Post a Comment