Dari tadika hingga tamat persekolahan Form 5, tidak pernah duduk di asrama. Tidak pernah berenggang dgn family. Tidak pernah rasa nikmat ukhwah kawan-kawan satu dorm.
Kawan. Sahabat. Teman seperjuangan.
Ukhwah.
Tamat form 5, sambung di asasi palam.
Berdebarnya nak berkenalan orang baru. Takut. Ya takut. Kawan mencorakkan perangai kita sendiri. Takut kawan yang ditemui dikenali nnt bakal membawa diri ini ke mana dalam hala tuju hidup sendiri.
Ceh. Judge kawan beria.
Diri sendiri belum tentu kawan yang baik jugak. Tapi sepastinya semua org mahu rakan, kawan, teman yang baik bukan.
Ditakdirkan, alhamdulillah, kat palam dapat bertemu dengan mereka-mereka yabg haibat!
Ya. Sangat haibat!
Merekalah antara yang membentuk diri ini yang kini.
Mereka yg banyak mengajar dari segi apa pun. Basuh baju, pelajaran, keewangan, dan sepastinya kerohanian.
Al-Quran. Dengan mereka lah aku mula memegang Al-Quran tafser di tangan ini.
Mula menghayati dengan lebih baik.
Berpakaian. Mereka juga lah yang mengajar pakaian yang terbaik. Ya, pakaian taqwa.
Berperasaan. Melalui mereka juga aku mula menjadi lebih berperasaan terhadap keluarga, saudara mara juga dgn kawan2 sekolah dulu.
Mula menghayati ukhwah.
Tikah.wanie.bihah.anis.wan.fizah.migha.alang.wani lagi.ila.sam
Tapi dengan mereka hanya sebentar. 3 bulan. Aku yang pergi tinggalkn mereka. Mereka sedih. Errr..aku lagi sangattt sedihhh. Susahnya nak berangkat rasa hati ini.Berapa lama nk hilangkan luka ni.
Alhamdulillah, sampai sekarang mostly keep in touch lagi. Masing2 dgn bidang cita2 masing2. Betapa bahagianya rasa.
Kemudian di mesir. Bermula dgn hosmates dgn kawan2 kelas.
Kini, lagi sekali diuji. Kami belum grad lagi. Baru nak masuk tahun ketiga. Tapi ada yg sudah pergi.
Tunggu. Bukan 'pergi'.
Berikutan krisis mesir, mesir diuji, kami juga diuji. Teruskan di misr atau bertukar di mesia. Di sinilah, kami teruji.
Berapa hari lagi bakal berangkat ke misr. Tetiba dapat berita yg sentap. Serius ini sgt sentap. Kali ini bukan aku yg pergi, mereka pula. Mereka ialah kawan-kawan baik di misr. Dari seorg ke seorg tp seorg ni betul2 menyentapkn hati.
Me : Hey awok, bgtaulah awk ni balik misr tak?
Dia : kita x kut. Nnt insyaallah kita jalan misr bila cuti2 ya.
Hati sentap. Mata dah bermula kerjanya. Fikiran melayang teringat kenangan2 bersama.
Nama diberi mimi atieqah. Ore kelate. Kecil molek. Sopan. Berkata lembut.
First yr kenal biasa2 je. Second yr kemain lagi. Kalau dh jodoh, Allah yg tautkan hati kami.
Dialah rakan sebelah aku di kelas. Dalam lab juga. Ke cafe juga. Ke mana sahaja di kuliah konklusinya.
Bila terasa malas, nnt jadi rajin.
Bila exeng ke kuiz, nnt revise sesama.
Bila tertidur, nnt dikejutkan.
Bila bosan, nnt diceriakan.
Bila ade mase, nnt berlari beli jajan sesama.
Pernah ke rumah dia. Pernah makan masakan dia. Pinjam baju dia pun ada juga.
Saling berpesanan serta menasihati.
Banyak betul sbb dialah rakan seperjuangan.
Walaupun diri ini yg encourage dia buat keputusan yg trbaik untuk diri dia, diri ini juga yg teresak-esak menangis secara tiba2 bila dgr berita dia tidak akan kembali misr lagi. Padahal sudah agak sebelum ini masa berchat bersama dia. Tapi bila baca chat kali ini, betul2 sentap.
Selalu sahaja aku dapat teman2 yg baik2. Kemudian terpisah..
Mungkin Allah nak uji, bila sayang, sayang kerana siapa..?
Hmm. Kini, aku sudah yakin. Mutiara di mata diseka. Lap. Hati kena tabah.
Saranghaefillah. Uhibbukifillah.
Cukuplah perkataan itu. Sbb sayang dia krnNya, smoga kami tetapkan bersama di sorgaNya nnt. Ini mmg ayat klise. Tp ini memang benar.
Ya Allah, tolong jagakn dia.
Ya Allah, lindungilah dia.
Ya Allah, bantulah dia.
Ya Allah, sampaikan cita-cita kami.
Ya Allah, pertemukan kami lagi. Kalau bukan di dunia ini, harapnya di syurgaMu nnt.
:')
Ps: untuk yang chacha, unna, nisa', juga bunge yg bakal pergi juga. Saya pasti merindui anda semua!! T_T
Mood: pasangkan semua lagu sahabat.
No comments:
Post a Comment