Tuesday, October 15, 2013

Eidul Adha ini kali!

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah tahun ketiga raya di mesir. Tapi mmg raya aidiladha jelah. Raya aidilfitri memang tiap tahun kat mesia. Rasanya sampai saudara2 pun rasa pelik kenapa sentiasa ada mesia ketika raya. Dulu, kakak sepupu ni sudah beberapa tahun baru dpt jumpa dia bila raya sebab dia study kak UK. 

Almaklumlah, kalau budak mesir cuti raya aidiladha memang cuti summer 3 bulan kami. Mungkin anda boleh naik bosan tengok kami setiap raya aidiladha ada. Hehe.
Tapi takpalah, setahun sekali kut.

Selamat Hari Raya Aidiladha!
#tahuninirayadekatAlexandria#
^^


Saturday, September 21, 2013

Mereka pergi. Again.

Dari tadika hingga tamat persekolahan Form 5, tidak pernah duduk di asrama. Tidak pernah berenggang dgn family. Tidak pernah rasa nikmat ukhwah kawan-kawan satu dorm.

Kawan. Sahabat. Teman seperjuangan.

Ukhwah.

Tamat form 5, sambung di asasi palam.
Berdebarnya nak berkenalan orang baru. Takut. Ya takut. Kawan mencorakkan perangai kita sendiri. Takut kawan yang ditemui dikenali nnt bakal membawa diri ini ke mana dalam hala tuju hidup sendiri.

Ceh. Judge kawan beria.

Diri sendiri belum tentu kawan yang baik jugak. Tapi sepastinya semua org mahu rakan, kawan, teman yang baik bukan.

Ditakdirkan, alhamdulillah, kat palam dapat bertemu dengan mereka-mereka yabg haibat!
Ya. Sangat haibat!
Merekalah antara yang membentuk diri ini yang kini.
Mereka yg banyak mengajar dari segi apa pun. Basuh baju, pelajaran, keewangan, dan sepastinya kerohanian.

Al-Quran. Dengan mereka lah aku mula memegang Al-Quran tafser di tangan ini.
Mula menghayati dengan lebih baik.

Berpakaian. Mereka juga lah yang mengajar pakaian yang terbaik. Ya, pakaian taqwa.

Berperasaan. Melalui mereka juga aku mula menjadi lebih berperasaan terhadap keluarga, saudara mara juga dgn kawan2 sekolah dulu.
Mula menghayati ukhwah.

Tikah.wanie.bihah.anis.wan.fizah.migha.alang.wani lagi.ila.sam

Tapi dengan mereka hanya sebentar. 3 bulan. Aku yang pergi tinggalkn mereka. Mereka sedih. Errr..aku lagi sangattt sedihhh. Susahnya nak berangkat rasa hati ini.Berapa lama nk hilangkan luka ni.

Alhamdulillah, sampai sekarang mostly keep in touch lagi. Masing2 dgn bidang cita2 masing2. Betapa bahagianya rasa.

Kemudian di mesir. Bermula dgn hosmates dgn kawan2 kelas.

Kini, lagi sekali diuji. Kami belum grad lagi. Baru nak masuk tahun ketiga. Tapi ada yg sudah pergi.

Tunggu. Bukan 'pergi'.

Berikutan krisis mesir, mesir diuji, kami juga diuji. Teruskan di misr atau bertukar di mesia. Di sinilah, kami teruji.

Berapa hari lagi bakal berangkat ke misr. Tetiba dapat berita yg sentap. Serius ini sgt sentap. Kali ini bukan aku yg pergi, mereka pula. Mereka ialah kawan-kawan baik di misr. Dari seorg ke seorg tp seorg ni betul2 menyentapkn hati.

Me : Hey awok, bgtaulah awk ni balik misr   tak?
Dia : kita x kut. Nnt insyaallah kita jalan misr bila cuti2 ya.

Hati sentap. Mata dah bermula kerjanya. Fikiran melayang teringat kenangan2 bersama.

Nama diberi mimi atieqah. Ore kelate. Kecil molek. Sopan. Berkata lembut.

First yr kenal biasa2 je. Second yr kemain lagi. Kalau dh jodoh, Allah yg tautkan hati kami.

Dialah rakan sebelah aku di kelas. Dalam lab juga. Ke cafe juga. Ke mana sahaja di kuliah konklusinya.

Bila terasa malas, nnt jadi rajin.
Bila exeng ke kuiz, nnt revise sesama.
Bila tertidur, nnt dikejutkan.
Bila bosan, nnt diceriakan.
Bila ade mase, nnt berlari beli jajan sesama.

Pernah ke rumah dia. Pernah makan masakan dia. Pinjam baju dia pun ada juga.
Saling berpesanan serta menasihati.

Banyak betul sbb dialah rakan seperjuangan.

Walaupun diri ini yg encourage dia buat keputusan yg trbaik untuk diri dia, diri ini juga yg teresak-esak menangis secara tiba2 bila dgr berita dia tidak akan kembali misr lagi. Padahal sudah agak sebelum ini masa berchat bersama dia. Tapi bila baca chat kali ini, betul2 sentap.

Selalu sahaja aku dapat teman2 yg baik2. Kemudian terpisah..

Mungkin Allah nak uji, bila sayang, sayang kerana siapa..?

Hmm. Kini, aku sudah yakin. Mutiara di mata diseka. Lap. Hati kena tabah.

Saranghaefillah. Uhibbukifillah.

Cukuplah perkataan itu. Sbb sayang dia krnNya, smoga kami tetapkan bersama di sorgaNya nnt. Ini mmg ayat klise. Tp ini memang benar.

Ya Allah, tolong jagakn dia.
Ya Allah, lindungilah dia.
Ya Allah, bantulah dia.
Ya Allah, sampaikan cita-cita kami.
Ya Allah, pertemukan kami lagi. Kalau bukan di dunia ini, harapnya di syurgaMu nnt.

:')




Ps: untuk yang chacha, unna, nisa', juga bunge yg bakal pergi juga. Saya pasti merindui anda semua!! T_T

Mood: pasangkan semua lagu sahabat.




Friday, September 20, 2013

The h0smates :)

Assalamualaikum.

Ok. Jgn berharap post ini akan berbahasa inggeris. Mmg tidak. Tajuknya sahaja pun cukuplah.

Hosmates..?

Yeahh! Pasti lah mereka yg mewarnai hidup saya. Kami pernah berenam semasa tahun 1 dulu, but then, kami berlima semasa tahun 2. Kini, alhamdulillah tahun 3, tidak pasti pula kami bakal 'ber' berapa.

Tahun 1 orang2nya lain.
Tahun 2 orang2nya lain.
Tahun 3 org2nya lagi lain2

Mase first yr dulu, kami mula memperkenal diri masing2. Semua tidak pernah ber'asrama' jadi kami mesti perlu banyak belajar dan saling tolak ansur dgn cara masing2.

Baiti.wani.mimie.chacha.adda.kak oppa.

Itulah kami dahulu.

Kemudian, Adda pindah tgh tahun. Chacha & kak oppa pula mase nak masuk tahun 2.

Wlaupun begitu, kami masih kecoh2 dalam kelas. Tapi, takdalah lagi org yg akan bawak bekal makan pagi ke kelas sampai 6 bekas. Sbb itu hanya kami.

Then, 2nd yr pulak kami bertiga bersama mereka yg ber'dentist'.

Baiti.wani.mimie.aten.miera.
Mak.bapak.kakak.baby.maktiri.

3+2=5
Medic+dentist=...?
Haha.

Bertambah personaliti yg dpt dikenali.
Rajin masak ada. Rajin kemas ada. Rajin melukis ada. Rajin study ada.
Macam-macam ada lah konklusinya!
Wlaupun ada yg berbeza bidang, tapi rasanya kami sama je kep0chinya. Hehe.

Kini, aku pula yg bakal pindah.

Saya.dia.mereka.xtaulg.siapa.

Inilah dia part yg sebenar. Perasaan nak pindah. Bercampur baur. Sayang mestilah sayang. Tak terkata. Fikiran melayang ke mana. Hati tak keruan. Tapi...makan still kenyang. Oh0oi!

First luahkn kat sorg hosmate, dia berkata dgn tenang, " takpelah, aku faham. Ok je. Jgn risau." Fuhh. Lega.

Then, sorg ni pula, "lahh..ye ke..jgnlah pindahhh. Sedihnyaa" Hmm. Sedih jugak. Hati bolak balik.

Sorg lagi pula, " ohhh..mcm tu ke. Takpa. Nnt klau kau nk jual almari tu bg aku dulu". Haha. Sempat lagi.

Lastly, yg paling berat nk luahkn. Dia hanya diam kemudian berkata, "aku da tau da".
Ommoo.
Nama diberi wani. Wani adalah kawan sejak sekolah rendah walaupun setahun shj. Kemudian ke sekolah menengah pula sampai habis. Hanya 2 tahun kelas kami tak sama.
Bila first yr, dialah hosmate, dia juga roomate and opcoos lah kuliahmate. Parents pun rapat.Paling lama kenal. Paling berat nak berpisah.

Sekarang, hari ini, baru tadi, bgtau dia sekali lagi bahawa balik nnt aku bakal pindah rumah. Sbb flight kami saing nnt.  Takut pula dia terlupa pasal pindah nnt pelik pula bila sampai sana.

Lalu dia kata, "okay, nnt kau nak kemas2 barang ke angkat2 barang, aku buleh tlg buatkan jugak!" .

Pehhh. Ini buat heartbeat tinggi.

Dia support!

Rasa bahagiaa. Tak disangka. Terharu. Tak terkata.

Aku sebelum ini sudah berfikir yg bukan2. Takut dia akan marah. Habislah hubungan kekeluargaan. Nnt kat kelas mcm mana.
Sekali, dia punya lah terbaik! Sentiasa supp0rt dari belakang!

Thx sgt wani. Time kasih bebanyak pada si Dia juga yg tautkan hati kami.

Sahabat fillah.

Diuji. Tak nampak kesannya di mata. Tapi berbekas di hati. Saranghaefillah.



Ps: jgn judge org yg pelik2. Klau betul lah bersahabg tu ikhlas krnNya, Insyaallah kesudahannya pasti baik! ^^

Friday, June 28, 2013

Rindu Di Sebalik Batu

Bismillahirahmanirraheem.


10 days after the final. A friend told me that there's been a long time i hvn't update my blog & see me online on facebook. Yupp, for the blog. Nope, for the facebook. Hah! know that u ar missing me right..? xP

Nah, ini p0st untuk anda! Ya, Anda yg sedang tersengih-sengih ibarat iklan colgate tu sbb anda tau ini tentang anda.

Rindu. Rindulah.

Zaman sekolah mase form 1 mcm anti. Dekat form 5 time nak habis sekolah, bestfren pula.

Konfius. Pelik. Tapi ia benar.

Someone yg may knows me better than myself. Knoes how's my family. Make me organized back then. Knoes when i get happy, when i get annoyed or angry. Someone yg definitely knows what i'm feeling, even now, from thousands miles away.

Very talented, an amazing thinker, very organize in every works she did, softly-strict, quite keep0chi sometimes yet malu-malu kucing, sgt kemas, make someone feel better, have a very warm family, and not to forget a dimple on her cheeks everytime she smiles. Rumah kami pun beza se-parit je (dekat).

Got a msg from her,

"Mak kau nk buat kenduri, kau xnk balik ke? taknak tgk rumah? Baliklah...klau kau yakin kau boleh buat, Insyaallah lulus dgn cemerlang.."

Allah. Allah. Sentap. 
Macam tau-tau je rasa taknak balik tahun ni.Ibu dah bagi sign dh tu tp rasa rilek je.
Bunyi macam lari dari rumah je. Haha. Bukan. Bukan macam tu sama sekali.


Kalau ada pintu doraemon, dah lama ia digunakan.
Kalau helikopta doraemon pasti digunakan juga. 
Kalau ada tikar terbang doraeman, juga akan digunakan sejak dulu lagi.

kalaulah ada semua barang doraemon tu, mesti dh balik.
kalaulah airfare tu busfare, pasti setiap minggu balik.
Kalaulah abah & ibu boleh jemput macam kat palam dulu, lagi seronok.

Tipulah kalau tak mahu pulang.
Tipulah kalau takda rasa rindu.
Tipulah kalau tak cemburu kepada mereka yg dah pulang.


-------------------------------------------------------------------------------

Puisi dari org yg tidak reti berpuisi, mamcam inilah jadinya..

Tapi balik ke sana pun kena ada tujuan. Masakan tidak. Balik dulu banyak dibazirkan waktunya.
Mungkin balik kali ini harus, mesti, wajib dengan bermanfaat. Maka, isu balik kita tangguh dulu.
Stay kat sini pun harus juga ada tujuan. Masakan tidak. Nanti dibazirkn masa begitu sahaja juga sama lah rupanya.


Terima kasih anda. Anda buat saya trjatuh kerusi. Eh.
Terima kasih anda kerana buat saya tersedar.
Seronok-seronok juga duduk nun jauh di sini, tapi ingatlah org-org yg menunggu nun jauh di sana.
Sekarang time study busy, time kerja mcm mana pula nnt...?



'Ingatlah org tersayang.'
-pesanan ikhlas dari petronas-





p:s Marhaban ya Ramadhan! Ahlan wa sahlan ya Ramadhan! 

Try do ur best kali ini !