Saturday, May 12, 2012

Debaran Bermula~~~finAL eXaM!

Assalamualaikum!!

Tangguh! 
x tangguh!
Tangguh! 
x tangguh!!


*mana satu ni??
tangguh atau tidak?
=.="




Inilah dia hidup di Mesir. Banyak benda yg tak kita jangkakan berlaku. Tarikh exam final pun boleh tak tentu. Kejap ini. Kejap itu. Walhal masa yg dijangka sudah dekat, tapi tarikh yg tetap masih tak ditentukan lagi.
hmmm...nak tahu cara mereka susun jadual??

Sedang riuh suasana di dalam kelas, bekal makanan masing-masing mula di buka, yg nak turun beli jajan atau ke tandas pun mula mengorak langkah, ada juga yg baring atas meja dengan berbantalkan buku, kebanyakkannya semua sedang bersuara, tidak kira berbual, berdiskusi, menyanyi pun ada...
Itulah kami. Keluar sahaja dukturah dari kelas atau (patutkah lebih specific lagi) mula sahaja dukturah berkata, "we end our lecture until here today,", tutup sahaja slide yg terpampang sepanjang lecture tadi, kami terus berkelakuan sedemikian. Lepas tu akan ada yang berkata, "alahhh, nak lagi," atau, "yea! Alhamdulillah!" ataupun lagi satu, "bump!" (bunyi kepala yg jatuh terus kepangkuan meja).

Tapi rasanya m0stly akan sebut yang kedua tu rasanya, takpun yg ketiga terus. Mana tidaknya, tepu sudah rasa kepala ini yang mula dari jam 8 pagi sampai 12.30 tgh hari tanpa sebarang gap. Habis last lecture pun bukan tepat dan kadang-kadang juga ada terus sambung lecture tambahan. Kami bukAN r0b0t! Nak je laungkan ayat tu walaupun still takda maknanya. Nak tak Nak, benda ni takkan berubah. Silibus pun takut tak sempat nak habis, balik sek, ulangkaji pun kurang, nak demand pula. Kalau setiap kali dukturah masuk, bertanya soalan-soalan apa yg diajarkan dlm lecture yg lepas dan kami semua boleh menjawab dgn tepat serta mantap agaknya, baru boleh dapat gap tu. 

Fuhhh. Jadi takda guna pun nak salahkan sistem uni ni atau management dia. Kerna satu jari kita tunding org atau perkara yg mnjadikan alasan buat kita, empat lagi jari tunding ke diri kita sendiri okay.
Diri sendiri ini yang sepatutnya bersedia lebih awal dan mengurus masa dengan lebih baik.
Ehh, sudah jauh pula. Balik kpd scene dlm kelas tadi.

Hah, tetiba seorang a'mmu (pakcik) masuk ke kelas Setelah memberi salam serta bertanya khabar kami, dia terus membebel laju dalam bahasa arab.Pehhhh, mcm kami faham a'mmu oh a'mmu!
Nasib baik ramai yang hebat dalam bahasa Arab dlm kelas ni. Tapi, susah juga nak meng-faham-kan loghat arab a'mmi dati butir bicara pakcik td.

Rupanya, a'mmu bertanya pada kami, kami nak exam pada tarikh apa. 
HAh?? tanya kami tarikh exam? bukankah kami yang patut tanya tarikh exam pada mereka?
Bukan itu sahaja, subjek apa nak exam dulu, nak gap berapa lama pun dia tanya.
Nah. Kami sendiri yg susun jadual exam kami. Jadual final exam.
*tapi still tertakluk kpd dean and egyptians yg lain.Kami cuma diberi peluang untuk mencadang walaupun ia still depends pd egyptians nak camne as they are the major and we are the min0r..hukhukhuk
Takpelah, at least, kami diberi peluang untuk bersuara okay! =)

Setelah beberapa kali perbincangan sudah, dapatlah jadual yg muktamad!
Itupun macam iye ke tidak.

Tetiba! Jeng! Jeng! Jeng!
Berita tergempar bahawa exam akan tangguh tersebar. 

Padahal tarikh exam yg asal hanya bakal menjejak beberapa hari sahaja lagi. Ini kerana pilihanraya mesir yg akan menjelang tiba katanya. Debaran demi debaran dalam menunggu jawapan muktamad, Semua orang gundah gulana. Ada yg tak mahu tangguh kerna tiket ke kampung halaman sudah ditempah. Tapi ramai juga yg ingin tangguh sbb study week tak cukup. Kami dapat seminggu, egyptians dpt sebulan gitulah.

Keputusan terakhir:

"Exam bagi semua tahun ditunda kepada kecuali tahun satu"

Alhamdulillah!
-bagi mereka yg dah ada tiket.

Alahhhh!
-bagi yg masih belum bersedia.

Aku??
-dua2 pun ada walaupun tiket belum ada tapi sudah tak sabar nak pulang ke band0 terchenta, bando mu0.
  hehe..


2 hari sebelum exam (rasanya @ camtulah),
Jadual baru pon keluar. Rupa-rupanya exam kami memang tak delay tapi EXTEND. Faham ke?


Inilah yg penat kuterangkan pada kakakku supaya btau ibu, my exam is not delay but extend kerana tarikh mula still sama tapi jarak antara exam ditarik jauh lagi. Bermakna last exam yang dijangka habis awal Jun bertukar kepada hujung Jun. Kuranglah masa saya di Malaysia terchennnta nanti.
"Takpa, setiap peranncanganNya pasti ada hikmahNya. Apa yang Dia susun itu semua cantekk bagiku. Cuma, mungkin aku tidak nampak lagi mana untungnya," , pujuk diriku sendiri.



Nah, ini dia jadual exam!
*kredit to kak nadiah, ketua batch kami buatkan.





























Maka, amat berduka-citalah yg sudah ada tiket.
Kedua-dua pihak yg disebutkan tadi pun tiada keuntungan.
Yang untung adalah mereka yang benar-benar bersedia serta redha dan tawakal sahaja atas setiap ketentuanNYA. Itulah mereka org yg paling tenang aku rasakan...hukhukhuk

"Allah tak bagi apa yang kita nak, Dia bagi apa yang kita perlu"

*ayt femess..








Exam bermula!










bahagia bertemu dengan exam 


ataukah...



kenapa perlu exam...hmmm



Saat ku tulis ini adalah sehari selepas exam satu subjek selesai sudah. 
Physiology, subjek yg paling kucintakan.

Alhamdulillah, written pada hari ahad lepas, praktikal dan oral pula baru selesai semalam.
Fuhh. Lega.
*eh, boleh berlapang dada kah aku ini? baru satu subjek kut. Hmmm, tau takpe.


Pengalaman 1st Time Rasa Final Exam.

Alahhh, Final Exam je kut. Mestilah macam exam sebelum ni seperti masa midterm dulu.
Mesti mereka yg bukan di tempatku ini berasa sedemikian.Persis apa yang aku rasakan apabila seni0r2 atau lebih sweet lagi, akak-akak, yang bagitau kami sebelum ni.
Rupanya, berbeza sekali midterm dgn final. Apa yang akak-akak citerkan dahulu, kini baru ku dapat bayangan sebenar. Betapa kelam-kabutnya keadaan ketika final ni, lebih-lebih lagi oral and practical yg masa midterm xda pon. Orang ramai ke hulu-hilir, sana-sini, tidak kira pelajar, para dukturah terh0rmat sekalian ataupun student arab. Pening dan agak lama juga untuk ku faham susur-galurnya.

Bila dah musim exam ni, memang byk kad layang yang kuterima. Bahagia tak terhingga!
Dari kawan-kawan kelas, akak usrah, akak-akak seniors, akak-akak sc, akak-akak rumah bakan,
mcm2 ada!
Semuanya memberi semangat untuk ku terus berusaha, maju, dan terus maju,
bukan hanya untuk lepas exam, bukan hanya untuk dapat result baik, bukan hanya untuk mencapai cita-citaku, bukan just nak bahagiakan ibubapa, nk jadi c0ntoh, bukan itu semua...
Tapi, untuk mendapatkan redhaNya dengan ilmu yg kita ada dengan menyumbang ke jalan Islam itu sendiri.
Itulah yang mereka selalu pesan.

Ibu dan abah juga sanggup call walaupun tgh bercuti, ingat lagi dekat anak mereka yg terchenta ni..hihi
T0p-up-kan lagi semangat yg terbak0-bak0 ni,
Sebelum exam call,
Balik habis exam pun call 0r sMS,
Terharuu sungguh!

Dulu, aku selalu berd0a kepada si Dia supaya bagi result baik, cemerlang, gemilang lah kalau b0leh!
Sekarang, aku hanya berharap pada si Dia campakkan sifat rajin tahap super cemerlang, gemilang dan terbilang!
Bagiku itulah yang penting sekarang ni, sesuai dengan tahap diri ini yang tenggelam di lautan malas bukan masin!
Result itu hak Dia...
Kalau baik, itu bukan nikmat semata-mata tapi ujian juga,
Kalau kurang, itu pula bukan ujian semata-mata tapi nikmat juga...
Yang penting, kita haruslah berusaha sebaik mungkin!! y0shh! y0shh! Daeebakk!!






p/s: syukran awi awi kepada ibu abah, rakan taulan di nun jauh sana yg tak henti-henti mengirimkan kata-kata indah mereka agar ku terus bangkit. Tak dilupakan juga mereka yang disini, serta akak-akak semua!
Uhibbukumfillah!!